PBC TABUNG HAJI KELANA JAYA -CETUS SEMANGAT BARU

19-20 Dis 2009,Tabung Haji Kelana Jaya-Alhamdulillah, kursus Perkongsian Bijak Cemerlang (PBC) di Tabung Haji Kelana Jaya telah berlangsung dengan jayanya. Seramai lebih kurang 80 peserta/rakan niaga HPA telah menghadiri kursus ini yang terdiri dari pelbagai latarbelakang dan dari seluruh Malaysia (Kedah, Perlis, Perak, Selangor, Kuala Lumpur, Kelantan, Sabah, Johor, Terengganu, Negeri Sembilan) dan juga dari negara jiran kita Singapura dan Indonesia.


Terima kasih kepada pemimpin-pemimpin dari Kelab Pemimpin Utara (KPU), Kelab Pemimpin Al-Wahida(KPA), Kelab Pemimpin Perak Utara (KPPU) yang tidak jemu-jemu memberi bimbingan dan tunjuk ajar untuk menjadi seorang muslim yang sejati dan usahawan muslim yang berjaya dunia dan akhirat...Insyallah. Sabda Rasulullah SAW, maksudnya: "Seorang usahawan yang amanah dan bercakap benar akan bersama-sama dengan para Nabi, para Siddiqin dan para Syuhada".

Antara pemimpin yang hadir menyampaikan slot ialah PJS Mohd Nadzri Ahmad,PJS Noormah Zainol, PJS Ismail Othman, PJS Zanbli Abd Rashid, PJS Siti Habibah Yusof dan PJS Rosmandi Ishak. Pengarah PBC ialah PJS Syed Ageel Syed Mahayadin. Turut hadir membantu PBC tersebut ialah PJS Muzlina, PJ Nailulmuna, PHJS Zainudin Abdul, PJ Rahmah Rahmat, PJ Ustaza Yusfee Yusof, PJ Ustaz Irwan dan PJ Shahril dari Sabah.
Koleksi Gambar PBC Tabung Haji Kelana Jaya 19-20 Disember 2009.